Matlamat penubuhan Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia adalah seperti berikut:
- Untuk memelihara dan memperjuangkan pelaksanaan dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Untuk memelihara dan memperjuangkan keutuhan dan kepentingan profesion dan perkhidmatan pendidikan.
- Untuk merapatkan perhubungan dan perpaduan antara ahli-ahli dengan tujuan meninggikan taraf perkhidmatan.
- Untuk menggalakkan ahli-ahli perkhidmatan pendidikan meninggikan taraf pencapaian akademik dan ikhtisas dalam bidang pentadbiran dan profesion.
- Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran dan penyelidikan dalam bidang ilmu pentadbiran dan pengurusan pendidikan.
- Untuk memelihara dan mengukuhkan etika profesion.
- Untuk mengadakan perhubungan erat dengan badan-badan profesion lain yang berdaftar yang berfaedah kepada Persatuan ini.
- Untuk membangkit dan meninggikan minat orang ramai serta mendapatkan kerjasama mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah pendidikan.
- Untuk memelihara kepentingan dan kebajikan ahli-ahli serta mengadakan kumpulan dalam mencapai objektif persatuan.
Categories: Maklumat
0 comments:
Post a Comment