Friday, 15 March 2013

Posted by 4PSMWP on 05:43 No comments


Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi ahli 4PSM:
  1. Warga Negara Malaysia berusia lebih daripada 21 tahun dan terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah termasuk Pegawai Penyandang.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan Negeri yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan Negeri untuk diluluskan. 
  3. Jawatankuasa Cawangan Negeri boleh, mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.  Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana Cawangan Negeri belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.
  4. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  5. Orang-orang perseorangan yang telah berjasa kepada Profesion Perguruan dan Pendidikan boleh ditawarkan sebagai ‘Ahli Kehormat’
Muat turun borang keahlian di bawah:


Categories: ,

0 comments:

Post a Comment