Friday, 15 March 2013

Posted by 4PSMWP on 10:42 No comments

Bayaran masuk dan yuran perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
  • a) Bayaran masuk RM5.00 (RM Lima)
  • Yuran tahunan RM12.00 (RM Dua Belas)
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan Negeri terlebih dahulu di dalam tempoh 1 bulan dan awal tiap-tiap tahun.  ¼ daripada yuran tahunan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan Negeri dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yang tahunan bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mereka yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat perwakilan pertubuhan.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment